Cari Blog Ini

Jumaat, 11 November 2011

Alhamdulillah :.:.:.: Teater Kematian Smka SM, memuaskan..




Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kita nyawa yang bisa kita hidup hingga hari ini dengannya, mengurniakan kita akal yang bisa kita manfaat dan kembangkannya, mengurniakan ana jari-jemari dan minda untuk menaip coretan ini,mengurniakan anda sepasang mata untuk membaca coretan ini di skrin monitor komputer anda, mengurniakan kita hati untuk kita hayati apa yang akan kita baca, mengurniakan kita perasaan untuk mendalami apa yang kita rasa,mengurniakan kita Iman, Islam,Ihsan dan bermacam-macam lagi nikmat. Kalau nak tulis di sini semua nikmat yang Allah kurniakan memang takkan habis . Andai nikmat-nikmat Allah itu ditulis, menggunakan dakwat sebanyak tujuh lautan juga takkan cukup, inikan pula nak ditulis di ruangan blog ini, memang ana tak tertaip, atau mungkin anda tak terbaca . 


Alhamdulillah , Allah telah memberi ana satu nikmat masa lapang tika ini. Tak mahu lah ia dipersia-siakan seperti yang diceritakan Rasulullah SAW lebih kurang 1400 tahun yg lalu " Dua nikmat yang manusia sering lupa ialah nikmat sihat dan masa lapang" .. jadi, untuk mengelakkan ana tergolong dari golongan melupakan nikmat itu adalah baiknya ana menulis coretan ini, setidak-tidaknya bercakap tentang kebesaran Tuhan dapat menenangkan hati. Bukan begitu? Firman Allah " Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang".


Teater Kematian yang baru sahaja berlangsung hari ini tadi (11/11/11) sangat memuaskan semua pihak. tak sangka mendapat sambutan dan berjaya menyemai sedikit benih keinsafan dalam diri sesetengah sasaran kami iaitu semua pejalar asrama SMKASM. Alhamdulillah,hasil  usaha yang begitu bersungguh-sungguh ditambah pula dgn berkat doa pada Allah, Teater ini berjalan lancar dan alhamdulillah,mendapat banyak pujian serta galakan. Di sini ana boleh konklusikan bahawa,jika kita mahu menbuat sesuatu perkara yang baik, Allah pasti akan menolong kita, walaupun perkara yang baik yang ingin kita lakukan itu sangat mustahil bagi kita untuk melakukannya,tetapi oleh kerana perkara itu baik, Allah pasti akan bagi jalan untuk kita berjaya membuat perkara itu. Sememangnya kami,krew Teater ini, khususnya ana sebagai pengarah, sangat terkejut dengan kerjasama dan penghayatan yang telah ditonjolkan beberapa pihak pada malam tesebut. Pada mulanya ana sangka teater ini tidaklah berapa mendapat sambutan,namun apabila audiens mula menunjukkan ekspresi "tidak cukup" apabila pekataan 'TAMAT' terlakar di sudut pentas, ana rasakan satu aura penyentuh yang telah menyentuh hati para mereka. Walaupun tidak dinafikan ada berlaku sedikit keralatan, namun semuanya kelihatan sempurna.

Alhamdulillah lagi apabila Bekas Ketua Pengawas Asrama yang juga menonton pada malam itu, Sdrr Syafiq b. Majid sangat berpuas hati dan mengucapkan jutaan tahniah kepada kami,krew Teater Kematian dan berjanji untuk membelanja kami makan KFC keesokan harinya. Alhamdulillah, terima Kasih abg Syafiq.

ini ana anggap sebagai satu percubaan ana untuk penulisan skrip teater., insya Allah selepas ini ana akan cuba untuk giat menulis skip teater pelbagai tema. nampaknya percubaan petama ana memberangsangkan. Alhamdulillah, Allah itu Maha Memahami hati hambaNya. Menulis bukanlah suatu yang mudah. Ia memerlukan akal logik yang tinggi serta kemahiran untuk berfikir secara analogi. Hmmm... ana rasa ana bukanlah manusia yg memiliki ciri2 istimewa tersebut. namun Alhamdulillah ana dapat merungkaikan satu jalan cerita yang dapat menyentuh hati mereka. Alhamdulillah!~..

Kepada individu yang terlibat, ana ucapkan jutaan terima kasih kerana telah menyokong usaha mulia ini, moga Allah memberkati kejayaan yang telah kita capai dan seterrusnya meredhai segala yang telah kita lakukan ,insya Allah..

JY

Sabtu, 9 Julai 2011

NOsTaLGia JPAM Melaka Kebangsaan 2011~




satu kenangan yang terpatri di sudut sanubari tak mungkin dapat kita lupakan.. jalinan yang terbina dikala kita bersama di pusat latihan selama 2 minggu dan perkhemahan selama seminggu menjadikan kita sudah seperti adik beradik yang sangat akrab..

latihan dan perkhemahan jpam kebangsaan 2011 selama 3 minggu memang mencetuskan satu nostalgia yang tak mungkin kita semua dapat melupakan selama-lamanya . Dalam pada kita semua bertungkus lumus selama dua minggu,bermandi peluh, menjemur diri di tengah panas,mencalarkan lengan dan siku, kita lalui segala liku itu dengan tabah dan betah.. .

segala kenangan yang terbina di pusat latihan beronakan suka dan duka.. segala yang dilakukan memang sukar luput di benak memori kerana semuanya kita lakukan pasti bersama-sama, walau hendak kemana pasti dalam tiga barisan yang menggamit erti perpaduan dan ukhwah yang erat...

minggu pertama mungkin kita masih tidak serasi antara satu dengan yang lain menyebabkan seringkali berlaku ketidaksefahaman antara kita dalam pelbagai perkara, Keserasian itu terbina tatkala kita berada dalam tiga barisan yang berpandukan satu arahan dan satu ketua..di situlah terbinanya kesefahaman iaitu tidak kiralah kita dari sekolah mana namun masih teliti mendengar arahan yang sama..


Keakraban seperti hubungan adik beradik mula terbina di minggu kedua. di minggu ini lah tersemai erti keserasian antara kita dimana segala yang dilakukan bertambah baik,bertambah cantik.. mungkin di minggu ini juga berlaku sesuatu yang tidak diingini iaitu satu pertelingkahan yang tidak di sengajakan..mungkin atas dasar iri hari atau salah faham.. perkara itu lumrah dalam kehidupan anak adam.. pertelingkahan yang berlaku pada minggu tersebut menjadikan kita semua mengenali lebih rapat lagi malah ianya menjadi salah satu komponen yang menjana kasih sayang antara kita... memang tidak dinafikan dalam sesuatu hubungan persahabatan,untuk menambah keikhlasan di dalam nya haruslah ditambah dengan rona-rona pertelingkahan dimana dalam pertelingkahan ini lah selalunya kita dapat memahami dengan lebih akrab bagi membolehkan kita menjaga hati sahabat itu.. ..indahnya minggu ini.. =)



masuk minggu ke tiga, perjalanan untuk ke pahang bermula dengan penuh semangat yang menyengat memburu kejuaraan .. perjalanan kita umpama perjalanan sang pelanduk yang ingin membawa balik daging sang serigala... dengan berkat usaha yang di semai dengan penuh gigih, kita tidak sabar-sabar untuk menuai kejayaan di pahang... di tapak perkhemahan, memang keseronakan  itu terbina memuncak.. gitar dipetik tatkala malam, bersama-sama disitir kedinginan bayu yang menyapa.. di waktu siang pula bersama-sama dijerang haba yang memenuhi astakona jengka itu,  di awan memang jarang kelihatan dilazuardi biru tua langit, hanya udara panas yang dirasai menyitir-nyitir tubuh kita bersama...segala yang dilalui di sana memang mengharukan pabila dikenang kembali.. sungai yang bararus tidak terlalu deras mengalirkan ribuan tapak-tapak kaki kita bersama... =)




walaupun aku kelihatan diam berbahasa bisu,namun satu persatu tingkah laku sahabat-sahabatku ku perhati dan ku tafsirkan diminda.tahniah dan syabas diatas kejayaan yang kita kecapi bersama~!.berharap sangat kita dapat berjumpa lagi... ..perjalanan masih jauh, perjuangan masih banyak, hidup mesti diteruskan~~.. TERIMA KASIH SEMUA  ~=D





~JibrieL~

Sabtu, 30 April 2011

Binaan Yang Teguh^^

Bismillahirrohmannirrohim..
awalulkalimah assalamualaikum warahmatullah...

pertama sekali , bersama kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah kerana dengan izin dan inayah nya dapat kita hidup hingga hari ini untuk terus menempuh dunia marcapada yang penuh pancaroba semata-mata untuk mendapat keredhaanNya insya Allah..

Tujuan ana menulis post ini adalah tidak lain untuk memuntahkan segala isi tersirat yang datang jauh dari lubuk sukma yang sudah lama berbisik. mungkin ana tidak pandai untuk meluahkannya dalam bentuk perucapan atau percakapan yang sangat hebat... namun penulisan ana ini akan bercerita segala-galanya ...biarlah yang tersurat mengolah yang tersirat... agar yang tersirat itu tidak berkarat direndam lama dalam kolam mulut yang membisu tak berbicara....

Satu pertemuan yang sangat-sangat bermakna bagi ana. Pertama kali kita dibahagikan kumpulan, ana tidak sangka, kumpulan ini menunjukkan keserasian yang amat hebat... walaupun ada beberapa ketika ana kelihatan diam tak berbicara sambil memerhati tingkah laku kamu semua,... dalam pada masa yang sama ana menilai dan menafsirkan setiap sikap antum...^^.

,..  ana mahu mengucapkan ribuan syukran kepada antum semua kerana telah menyokong dan memberikan kerja sama yang sangat-sangat menakjubkan... ana tahu antara kamu semua ada yang lebih-lebih layak lagi untuk menjadi ketua kumpulan,..mungkin kerana nama ana berbeza dan jarang didapati, antum memilih ana,... ana bukanlah rijal yang hebat yang dapat memimpin antum dengan sempurna,namun ana telah cuba sedaya upaya untuk menjadikan kumpulan kita kumpulan yang terbaik....^^


Semasa kita diarahkan untuk berada di kelas  untuk melaksanakan tugasan LDK, sebenarnya macam -macam ana nak cakap masa tu.. tapi masa yang di berikan sangat pendek,..hanya cukup-cukup untuk membuat kertas-kertas kerja saja,.. tiada masa yang diperuntukkan untuk kita saling mengenal dengan lebih erat berpandukan konsep Taaruf,Tafahum,.dan Takaful.... mungkin pada hari pertama kita sudah bertaaruf
ringkas perihal umum masing-masing,.namum itu tidak mencukupi jika konsep tafahum tidak terdapat dalam diri kita semua...tapi yang ana bangga ialah walaupun masa yang di berikan untuk taaruf sangat singkat,..namun antum semua bagaikan sudah lama memahami antara satu sama lain dan ini kita dapat lihat dalam banyak perkara sepanjang berada di sana.

Malam pertama disana mungkin antum semua sudah lena dibuai mimpi yang membelai minda yang penat bermusafir seharian... berbeza dengan kondisi ana,..walaupun memang tidak di nafikan memang rasa penat itu deras di rasai...namun mata hati ana tidak mahu melelapkan mata malam itu...ana menghabiskan masa membaca buku dan menulis-sedikit sebanyak perancangan untuk kumpulan kita sehingga pagi...maknakatanya pada malam itu ana tidak tidur langsung... sebab tu lah kalau antum perasan ana tertidur masa Tamrim Qiyadi pagi tu... malam tu macam-macam bunyi ana dengar..tapi ana diamkan saja... kalau antum semua nak tahu ... azan subuh jumaat tu,..ana lah yang azan... alhamdulillah ,dapat turun surau paling awal..

Masa explorace ,.. kerjasama kita jelas ternampak dari kaca pancaindera..."cincin emas,gelang rotan,diri ini.cukup makan,biar mati, takberkapan, pantang undur,anak watan" ....lebih-lebih lagi semasa Hajar sangat takut mengambil duit syiling dalam bekas berisi ulat-ulat sagu..^^ antum semua tak putus-putus memberikan gemaan sokongan dan semngat kepada dia...memang ketika ini ana dapat lihat peranan sebagai rakan dalam kumpulan telah berjaya dimainkan antum semua dengan baik !! syabas.....walaupun ada beberapa ketika kita melakukan kesilapan,... namun keperihatinan dan kesefahaman antara ahli kumpulan yang ditunjukkan berjaya membaiki segala yang silap dan membawa kita ke puncak kejayaannya .. alhamdulillah ,..antara 20 kumpulan yang ada,..kita berjaya menjadi Johan pertandingan explorace tersebut... Mabruk alaina!! ini semua atas uasaha kita dan anugerah daripada Allah yang menilai hambaNya atas usaha hambaNya itu...


Akhir kalam,... ana harap ukhwah yang terjalin antara kita semua akan berkekalan hingga ke syurga. Teruskanlah perjuangan yang masih banyak lagi harus ditempuh di alam belia ini ...semasa menyimpulkan pembentangan di dewan ana ada cakap~ " Saya menyeru agar kita sebagai pemuda-pemudi Islam marcapada bersama-sama bersatu padu memecahkan kebuntuan yang mengkakukan anjakan kegemilngan agama ini,seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam di dunia" ... Insya Allah... Lafaz akan ku beri Nafas... Sentiasalah betah dalam menjalani kehidupan di dunia yang hanya sementara ini...

Assalamualaikum warahmatullah

~Ukhwah Fillah iLa Mardhatillah Abadan Abadaa~ Alainaa Bil Jama'ah!!~