Cari Blog Ini

Jumaat, 11 November 2011

Alhamdulillah :.:.:.: Teater Kematian Smka SM, memuaskan..




Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kita nyawa yang bisa kita hidup hingga hari ini dengannya, mengurniakan kita akal yang bisa kita manfaat dan kembangkannya, mengurniakan ana jari-jemari dan minda untuk menaip coretan ini,mengurniakan anda sepasang mata untuk membaca coretan ini di skrin monitor komputer anda, mengurniakan kita hati untuk kita hayati apa yang akan kita baca, mengurniakan kita perasaan untuk mendalami apa yang kita rasa,mengurniakan kita Iman, Islam,Ihsan dan bermacam-macam lagi nikmat. Kalau nak tulis di sini semua nikmat yang Allah kurniakan memang takkan habis . Andai nikmat-nikmat Allah itu ditulis, menggunakan dakwat sebanyak tujuh lautan juga takkan cukup, inikan pula nak ditulis di ruangan blog ini, memang ana tak tertaip, atau mungkin anda tak terbaca . 


Alhamdulillah , Allah telah memberi ana satu nikmat masa lapang tika ini. Tak mahu lah ia dipersia-siakan seperti yang diceritakan Rasulullah SAW lebih kurang 1400 tahun yg lalu " Dua nikmat yang manusia sering lupa ialah nikmat sihat dan masa lapang" .. jadi, untuk mengelakkan ana tergolong dari golongan melupakan nikmat itu adalah baiknya ana menulis coretan ini, setidak-tidaknya bercakap tentang kebesaran Tuhan dapat menenangkan hati. Bukan begitu? Firman Allah " Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang".


Teater Kematian yang baru sahaja berlangsung hari ini tadi (11/11/11) sangat memuaskan semua pihak. tak sangka mendapat sambutan dan berjaya menyemai sedikit benih keinsafan dalam diri sesetengah sasaran kami iaitu semua pejalar asrama SMKASM. Alhamdulillah,hasil  usaha yang begitu bersungguh-sungguh ditambah pula dgn berkat doa pada Allah, Teater ini berjalan lancar dan alhamdulillah,mendapat banyak pujian serta galakan. Di sini ana boleh konklusikan bahawa,jika kita mahu menbuat sesuatu perkara yang baik, Allah pasti akan menolong kita, walaupun perkara yang baik yang ingin kita lakukan itu sangat mustahil bagi kita untuk melakukannya,tetapi oleh kerana perkara itu baik, Allah pasti akan bagi jalan untuk kita berjaya membuat perkara itu. Sememangnya kami,krew Teater ini, khususnya ana sebagai pengarah, sangat terkejut dengan kerjasama dan penghayatan yang telah ditonjolkan beberapa pihak pada malam tesebut. Pada mulanya ana sangka teater ini tidaklah berapa mendapat sambutan,namun apabila audiens mula menunjukkan ekspresi "tidak cukup" apabila pekataan 'TAMAT' terlakar di sudut pentas, ana rasakan satu aura penyentuh yang telah menyentuh hati para mereka. Walaupun tidak dinafikan ada berlaku sedikit keralatan, namun semuanya kelihatan sempurna.

Alhamdulillah lagi apabila Bekas Ketua Pengawas Asrama yang juga menonton pada malam itu, Sdrr Syafiq b. Majid sangat berpuas hati dan mengucapkan jutaan tahniah kepada kami,krew Teater Kematian dan berjanji untuk membelanja kami makan KFC keesokan harinya. Alhamdulillah, terima Kasih abg Syafiq.

ini ana anggap sebagai satu percubaan ana untuk penulisan skrip teater., insya Allah selepas ini ana akan cuba untuk giat menulis skip teater pelbagai tema. nampaknya percubaan petama ana memberangsangkan. Alhamdulillah, Allah itu Maha Memahami hati hambaNya. Menulis bukanlah suatu yang mudah. Ia memerlukan akal logik yang tinggi serta kemahiran untuk berfikir secara analogi. Hmmm... ana rasa ana bukanlah manusia yg memiliki ciri2 istimewa tersebut. namun Alhamdulillah ana dapat merungkaikan satu jalan cerita yang dapat menyentuh hati mereka. Alhamdulillah!~..

Kepada individu yang terlibat, ana ucapkan jutaan terima kasih kerana telah menyokong usaha mulia ini, moga Allah memberkati kejayaan yang telah kita capai dan seterrusnya meredhai segala yang telah kita lakukan ,insya Allah..

JY

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah moga niat itu berlandaskan keikhlasan kerana Allah azza wajalla.... Moga dibalas pahala akan niat akhi itu ya..... :)

    BalasPadam